KEAHLIAN

Kategori Keahllian

Kategori Keahlian Di DUID Negeri Selangor

Ahli Biasa

  • Semua usahawan bumiputera yang bertaraf rakyat Malaysia dan berumur 18 tahun ke atas dan juga semua rakyat Selangor yang berminat untuk menceburkan diri dalam industri asas tani dengan kemajuan ilmu teknologi untuk membawa industri ini ke tahap yang lebih cemerlang.

  • Semua usahawan bumiputera yang menjalankan perniagaan dalam dan luar bandar sebagai tuan punya tunggal atau tuan punya bersama di dalam sesuatu syarikat yang berdaftar di bawah SSM.

Ahli Bersekutu

  • Ahli perniagaan, pengamal profesional, ahli akademik dan pakar dalam bidang penyelidikan dan pembangunan yang berdaftar.

  • Perbadanan yang dibawah Akta Parlimen atau Enakmen Dewan Undangan Negeri.

Ahli Kehormat

  • Mana-mana orang perseorangan yang diiktirafkan dan dianggap munasabah dan layak menjadi Ahli Kehormat Dewan oleh Jawatankuasa Agung Dewan.

Ahli Bergabung

  • Mana-mana persatuan, badan atau pertubuhan perniagaan yang ahlinya seratus peratus (100%) bumiputera diperingkat kebangsaan yang suka bekerjasama dengan Dewan.

Manfaat Program

Manfaat Pada Usahawan-Usahawan Program DUID

  • Program ini bakal menghasilkan usahawan usahawan yg lebih berwawasan, berdisiplin dan bertanggung jawab setelah mengikuti kursus latihan kami.
  • Penaja bakal mempunyai database usahawan2 yang berkualiti dan berpengetahuan dalam dunia teknologi dan bisnes digital.
  • Usahawan-usahawan IKS bakal mempunyai satu blueprint Turn Key System dalam pemerkasaan keusahawanan yang boleh difrancaiskan kepada agensi-agensi yang lain.
  • Usahawan-usahawan IKS ini bakal mengecapi sumber pendapatan berterusan dan boleh dilaksanakan sebagai model latihan untuk semua program keusahawanan anjuran DUID Negeri Selangor.
image
Pendafataran Ahli

Daftar Dengan Kami Sekarang

* Tertaluk kepada terma & syarat.