Tentang Kami

Tentang Kami


Di era zaman teknologi dan digital ini, DUID Selangor percaya bahawa usahawan-usahawan industri desa perlu mampu memacukan perniagaan mereka sejajar dengan kehendak pasaran dan bukan lagi kehendak usahawan itu sendiri. Setelah melakukan beberapa analisis dan validasi pasaran (market validation), kami berpendapat telah tiba masanya para usahawan melakukan satu anjakan paradigma yang besar iaitu memahami kehendak pasaran serta mampu menjana pendapatan yang berterusan dengan teknik pemasaran digital untuk pencapaian pasaran dan keberuntungan yang diharapkan.


DUID Selangor mengambil initiatif baru yang berstrategi Lautan Biru bagi mempercepatkan dunia perusahaan industri desa dengan membawa teknologi dan alam digital menyelinap ke dalam industri desa itu sendiri.

+

Ahli Berdaftar

+

Program Dilaksanakan

Tahun Beroperasi

Misi

Misi

  • Mewujudkan usahawan Industri Desa yang cemerlang dan memiliki peribdai yang bersepadu dari segi rohaniah, akliah dan jasmaniah.
  • Membuat satu lonjakan paradigma bagi usahawan-ushawan yang dinamik, progresif, berdikari dan bertanggungjawab.
Objektif

Objektif

  • Menyatupadukan semua usahawan industri desa dalam sebuah Platform diseluruh Negeri Selangor.
  • Mewujudkan jaringan di antara usahawan-ushawan Industri Desa dan mencetuskan peluang-peluang Perniagaan sesama usahawan Industri Desa di Negeri Selangor.
  • Menyediakan dan memberikan kemudahan bagi hubungan komunikasi di antara pengusaha.
  • Menyediakan latihan kepada pengusaha dalam bidang keusahawanan seperti pentadbiran, perakaunan, pengurusan, pemasaran, teknologi dan lain-lain.
  • Memberi tumpuan kepada peningkatan program penyelidikan dan pembangunan.
Pengurusan DUID Selangor

Carta Organisasi

Rakan Niaga

Rakan Niaga

"Ke Arah Pendigitalan Industri Desa Selangor Dan Pembentukan Perniagaan Yang Berkomesial Dan Menguntungkan."